Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Saturday, October 8, 2011

baik buruk duduk bersama parents selepas berkahwin

tajuk hari ni : duduk dengan parents atau parents-in-law (PIL) after marriage.

so wat do you think?

saya memang belum berkahwin..so totally memang tak ada pengalaman..tapi saya ceritakan serba sedikit pengalaman kawan-kawan saya dan pengalaman blogger.

kalau gadis-gadis ditanyakan soalan sebegini..rata2 yang menjawabnya TAKNAK duduk dengan parents mahupun PIL..kan?

yang baiknya: 
1-boleh saving..kalau dapat parents yang bekerja tak payah fikir sangat duit.mana taknya..makan kat rumah..bil elektrik..bil astro..bila air tak perlu nak risau..duit bulan-bulan simpan boleh buat downpayment nak beli rumah..yela...kalau awal2 permulaan memang tak dinafikanlah pasangan kurang duit nak terus beli rumah kecuali anak2 org berada atau kahwin dengan dato'..hehehhe

yang buruknya :
1-kau takboleh nak bangun lambat..lebih2 dok dengan PIL...yela..maksud saya..kita mesti ada hari2 yang malas nak buat keje..tak selalu..kan?tapi kalau dok dengan PIL..nak tak nak..ko kena rajin..ko banyak hipokrit daripada ikhlas..mana-mana pun sama kot...*kalau pikir pasal duit tu bila dok sendiri..pandai2lah kau berjimat!*...

2-ada jugak yang baiknya kalau duduk sendiri..means suami akan sentiasa tolong kita buat keje..kalau kita masak.dia bolehlah kemas2 rumah..kalau dok dengan PIL atau parents..surely kita je yang buat itu ini..*ni kata sahabat saya..betul atau tidak bergantung kepada pasangan masing2 ye*

3-dok dengan parents..semua nak kena jaga..tak leh lah kau nak buat macam kau duduk berdua..apa kau ingat seluruh rumah ni bilik tidur?biasalah pasangan baru kahwin kan?ataupun takkan kau nak duduk dalam bilik 24 jam ka?hahhahaha...

4-duduk dengan parents, aurat dengan ipar duai..ataupun dengan abang2 suami kena jaga..tak boleh lah kau nak pakai sleeveless atau seluar pendek!..nk pakai boxer je pun memanglah TAK BOLEH..kan?

5-kalau dok ngan suami sendiri..boleh buat sesuka hati..selagi tak menyakiti hati suami..selagi tak melanggar hukum hakam seorang isteri..betul?

6- kalau duduk dengan parents..perlu jaga hati semua orang yang ada dalam rumah..maksud aku BUKAN kalau dok sendiri tak perlu jaga hati parents..yelah..kalau dh hari-hari jumpe..surely mesti ada jugak persefahaman kan?even dengan adik beradik kita..so..kalau pasal hati..mesti kena jaga..


(hanya rumah idaman semata-mata..tahun bila nak dapat pun tak pasti)

p/s: kawan-kawan saya memang ramai yang dah kahwin..selalu jugak bagi pendapat..pendapat yang baik kita amik..kalau rasa tak berapa nak baik..tak perlu ikut..yang penting cara kita bawa diri dan tingkah laku kita..juga tertakluk kepada keadaan masing-masing!...

p/s : kalau boleh memang saya dan encik tunang berpendapat untuk duduk sendiri..tapi ianya tertakluk kepada keadaan...sebab saya still tunggu beliau posting..aiyo....tak tahu dok mane lagi..so takboelh nak berangan-angan secara OVER!...


Friday, October 7, 2011

respon blogger!


terima kasih kepada respon..walaupun komen saya tak beratus2 mahupun beribu-ribu sebab blog ini hanya picisan aje....tapi sangat saya hargai..
*tetibaayatskemamemangtakbolehblah!*

berbalik kepada respon tadi..betul!..saya setuju..kalau kita simpan duit tu..memang kita akan rasakn ianya sangat berharga..sayang nak gunakan duit simpanan tu untuk habiskan dalam 1 hari!...hanya untuk majlis kahwin yang gah!..tapi lepas kahwin kau menganga!..pls bincang bebaik dengan pasangan dan ahli keluarga..

OMG!!..

tapi tak tahu pulak kepada yang peminjam bank hanya untuk dihabiskan dalam masa sehari..aduhaiii..tolonglah pikir rasional ye..bukan saya kata tak boleh langsung tapi berpada-pada lah..berpijaklah pada bumi yang nyata...sebab kesannya kita tak nampak sekarang...lepas kahwin baru nampak..tak percaya cubalah tanya pasangan yang sudah berkahwin dan buat loan semata2 untuk majlis yang grand!...
*ok..saya dah tanya..*

p/s : untuk pengetahuan...saya memang tak pernah terlintas nak buat loan..mahupun encik tunang sebab kami memang merancang lebih kepada kehidupan selepas kahwin..saya tak tahu beliau posting di mana.......so..kn prepare duit untuk rumah sewa dulu before ada rezeki dapat beli rumah....
*kalau tanah dah de tapi nak buat rumah pun kena ada duit kan?*
untuk barang2 dalam rumah lagi....tu pun yang penting2 aje!..yang penting ada mesin basuh..hahahahaha......

*biasalah..hidup lepas kahwin kita tak boleh expect nak sume complete..nak macam kehidupan single yang duduk dengan keluarga..sume complete..sume ada...so..sedikit kesabaran perlu ada!*

Thursday, October 6, 2011

pilih hari yang baik!


HARI-HARI BULAN ISLAM PANDUAN MENURUT IMAM JAAFAR AS-SODIQ A.S.

01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.

02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah.

24hb: Hari yang tidak bagus.

25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.



p/s : saya sudah ada tarikh..tapi kena bincang adakah ianya mendapat restu ibubapa...*anak tak derhaka*

Wednesday, October 5, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.


Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda
bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.


Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-




1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Tuesday, October 4, 2011

preparation sebenar!

bercakap tentang preparation memang tak habis2 selagi belum bernikah..memang!...perempuan memang macam tu..segala mak nenek yang remeh temeh sumenya di perhalusi...sume nak perfect!...ye betul...tapi dua kali fikir..oh saya perlu fikir untuk kehidupan selepas kahwin! wedding yg hanya memakan masa selama 1 hari je ..tapi kehidupan selepas kahwin akan memakan masa sampai mati..sampai ke syurga..tak gitu?

alt

adakah segala ilmu rumahtangga kamu sudah sedia?
ilmu melayan suami sudah diperhalusi?
ilmu menjadi isteri solehah sudahkah dipelajari?
ilmu menghadapi konflik rumahtangga sudah khatam?

O M G!! MasyaAllah!

[ilmu memasak dan mengemas rumah tanggungjawab sang chenta..boleh?]

sang suami pula sudah boleh menjadi imam muda untuk isteri dan keluarga kah?

[Bagi seorang lelaki, perlu dia mempelajari sebanyak mungkin ilmu agama terutamanya fiqh dantasawuf. Tidak hanya ilmu itu berkaitan perkahwinan, ini kerana, dia akan menjadi ketua keluarga bagaikan kapten kapal yang akan mengarah arah tuju kemudi kapal. Seorang kapten kapal tidak hanya perlu tahu perihal kapalnya, tetapi juga berkenaan geografi, petunjuk bintang, lautan, pemakanan serta pertahanan - iluvislam]


Saya amat menyeru agar bakal-bakal suami, juga mereka begelar suami kini dan saya sendiri melukis langkah-langkah untuk menjadi suami yang baik dan pemimpin keluarga yang cemerlang dengan merangka langkah-langkah yang bijak. Terimalah hakikat bahawa persiapan perkahwinan bukan hanya persiapan majlis perkahwinan tetapi persiapan menghadapi seakhir hayat usia gelombang perkahwinan. Apa yang lebih penting adalah hari-hari selepas majlis perkahwinan. Sedangkan majlis perkahwinan hanyalah bertujuan mewar-warkan pernikahan yang telah sah untuk mengelak fitnah dan sekadar memori indah untuk kita kenang-kenangkan ketika cabaran mendatang -i luvislam

Friday, September 30, 2011

tak perlu begini kalau belum nikah!


jangan tiru aksi sebegini kalau anda bukan lagi suami isteri.
pic ni masa diorang nak fitting baju..tapi macam post wedding plak..

pre-wedding semua nak pelok sakan..tak perlu hoccay!..
[berdoa selalu supaya aku dijauhkan sebegini rupa]

oh..saya tiada pre-wedding..tapi POST-wedding sangat NAKKKKK...hehehe

ok..malas nak membebel...sume B2B dah besar kan..dah tau hukum sume kan?

ok bai!

Tuesday, September 27, 2011

NO LOAN for kahwin!




no loan untuk kahwin!
sangat keras tak maksud saya?sebab apa yang saya lihat..lebih banyak buruk dari baik..

memanglah pada dasarnya, nak berkahwin memerlukan belanja yang sangat2 besar..dan antara B2B  yang tak mampu untuk mengeluarkan belanja yang banyak..lainlah macam memey dan norman dapat tajaan berjota-jota kannn???


Tapi bila fikir sudut positif pulak..kalau dah gatal nak kahwin sangat atau dengan kata lain..nak elakkan perkara yang tidak diingini berlaku, seeloknya perkara yang baik cepat2lah disegerakan kan?
dan mudahnya kerja 3 bulan dah boleh buat loan untuk kahwin...alahai..singkatnya pemikiran...tapi terpulanglah kat pendapat masing-masing. 
*kalau boleh elak..pls elakkan*

saya rasa loan untuk kahwin ini tidak perlu sebab ianya sangat memberi kesan yang negatif kepada pihak lelaki...anak dah masuk 2 orang pun..hutang tak habis bayar lagi...takut-takut sampai satu tahap tu..kita tak mampu nak bayar balik?tak ke susah?


dalam kepala saya hanya memikirkan kehidupan selepas kahwin..kalaupun kami tak beli rumah lagi..tapi nak sewa rumah..nak beli barang-barang dalam rumah..aiyoooo...


* sesungguhnya saya sedang berjimat cermat..no more shopping! eh?? *

                                                                           
    tapi...





....

....

....

jika tiada pilihan juga..buat lah..tapi pinjam untuk cover amaun yang tak cukup tu..jangan pinjam banyak-banyak ..kang tang nak bayar..lelaki saja yang tanggung kan?puaslah si suami cari part time job sebab nak cover hutang-hutang tu kan? tu belum masuk hutang PTPTN..aishhh...perkahwinan itu untuk memudahkan..bukan menyusahkan!...adakah itu berbaloi?tepuk dada tanyalah selera!


Jadi, semuanya terpulang kepada individu masing-masing, sama ada mahu membuat pinjaman atau tidak. Cuma perlu difikirkan baik dan buruknya. Sekadar pendapat daripada saya.



jika tak de duit kahwin..boleh tanya ustaz amin

*bukan untuk pinjam duit kat dia tapi mintak nasihat *



p/s : perkahwinan adalah perkara yang baik..insyaAllah jangan terburu-buru..itu kan kerja
Allah..insyaAllah dipermudahkanNya... Berusaha, berdoa & tawakal. DIA ada dengan kita...

Template by:

Free Blog Templates