Saturday, October 8, 2011

baik buruk duduk bersama parents selepas berkahwin

tajuk hari ni : duduk dengan parents atau parents-in-law (PIL) after marriage.

so wat do you think?

saya memang belum berkahwin..so totally memang tak ada pengalaman..tapi saya ceritakan serba sedikit pengalaman kawan-kawan saya dan pengalaman blogger.

kalau gadis-gadis ditanyakan soalan sebegini..rata2 yang menjawabnya TAKNAK duduk dengan parents mahupun PIL..kan?

yang baiknya: 
1-boleh saving..kalau dapat parents yang bekerja tak payah fikir sangat duit.mana taknya..makan kat rumah..bil elektrik..bil astro..bila air tak perlu nak risau..duit bulan-bulan simpan boleh buat downpayment nak beli rumah..yela...kalau awal2 permulaan memang tak dinafikanlah pasangan kurang duit nak terus beli rumah kecuali anak2 org berada atau kahwin dengan dato'..hehehhe

yang buruknya :
1-kau takboleh nak bangun lambat..lebih2 dok dengan PIL...yela..maksud saya..kita mesti ada hari2 yang malas nak buat keje..tak selalu..kan?tapi kalau dok dengan PIL..nak tak nak..ko kena rajin..ko banyak hipokrit daripada ikhlas..mana-mana pun sama kot...*kalau pikir pasal duit tu bila dok sendiri..pandai2lah kau berjimat!*...

2-ada jugak yang baiknya kalau duduk sendiri..means suami akan sentiasa tolong kita buat keje..kalau kita masak.dia bolehlah kemas2 rumah..kalau dok dengan PIL atau parents..surely kita je yang buat itu ini..*ni kata sahabat saya..betul atau tidak bergantung kepada pasangan masing2 ye*

3-dok dengan parents..semua nak kena jaga..tak leh lah kau nak buat macam kau duduk berdua..apa kau ingat seluruh rumah ni bilik tidur?biasalah pasangan baru kahwin kan?ataupun takkan kau nak duduk dalam bilik 24 jam ka?hahhahaha...

4-duduk dengan parents, aurat dengan ipar duai..ataupun dengan abang2 suami kena jaga..tak boleh lah kau nak pakai sleeveless atau seluar pendek!..nk pakai boxer je pun memanglah TAK BOLEH..kan?

5-kalau dok ngan suami sendiri..boleh buat sesuka hati..selagi tak menyakiti hati suami..selagi tak melanggar hukum hakam seorang isteri..betul?

6- kalau duduk dengan parents..perlu jaga hati semua orang yang ada dalam rumah..maksud aku BUKAN kalau dok sendiri tak perlu jaga hati parents..yelah..kalau dh hari-hari jumpe..surely mesti ada jugak persefahaman kan?even dengan adik beradik kita..so..kalau pasal hati..mesti kena jaga..


(hanya rumah idaman semata-mata..tahun bila nak dapat pun tak pasti)

p/s: kawan-kawan saya memang ramai yang dah kahwin..selalu jugak bagi pendapat..pendapat yang baik kita amik..kalau rasa tak berapa nak baik..tak perlu ikut..yang penting cara kita bawa diri dan tingkah laku kita..juga tertakluk kepada keadaan masing-masing!...

p/s : kalau boleh memang saya dan encik tunang berpendapat untuk duduk sendiri..tapi ianya tertakluk kepada keadaan...sebab saya still tunggu beliau posting..aiyo....tak tahu dok mane lagi..so takboelh nak berangan-angan secara OVER!...


0 comments:

Template by:

Free Blog Templates