Sunday, November 6, 2011

shopping at Nilai 3

dianugerahkan mama yang kaki jalan dan jenis tak boleh duduk rumah lama2 macam saya adalah satu yang amat bernilai! 
hahhahahhaa...ayat takbolehblah!

semalam...dah masing2 mati kutu asyik2 tengok TV yang takde rancangan best....mama plan on the dot nak pergi NILAI 3...saya turutkan aje...

oh...seronok sangat shopping dengan keadaan Nilai 3 yang sangat lengang!...semua sibuk nak beraya kan?


plan ke Nilai 3 memang nak cari VIP doorgift untuk keluarga pengantin lelaki...tapi dah jauh tersasar bila tengok hantaran siap sangat cantik2 kat kedai Thank Q pavilion.....terus beli bahan2 untuk DIY...ni sume kerana bajet kecik dan diperlukan berjimat....mana tak nya..kalau satu dulang untuk bunga hantaran dari bunga dip dan siap dihias mencecah RM60-RM70!...kalau 9 dulang dah mencecah RM600++...memang tak kuasa lah aku layan.....hahahhahaha
tapi bila DIY ni..harga dalam RM100++ je....haaa..kan murah!...tapi tangan kena jadi kreatif la...hehhehe

matlamat tak tercapai hari ini:
langsir bilik pengantin mengikut warna tema 
carpet bilik pengantin
doorfgift keluarga pengantin lelaki
pomander ball biru turqouise

p/s : untuk pengetahuan..Nilai 3 ni takde la harga murah seperti yang diwar-warkan...kata je harga borong..beli banyak pun dapat harga asal jugak! cuma kat sini lebih banyak pilihan...rata2 B2B..harga chowkit adalah lebih2 murah berbanding Nilai 3..

p/s : pesanan dari saya.kalau rasa nak pilih tema..sila pilih tema yang senang nak cari kaler tu..maklumlah....macam i ni..warna sangat susah nak cari..langsir bilik tak jumpe..semalam ada 1 kedai je yang jual kaler tu..tapi dah habis!......

p/s : tengah pikir nak decorate bilik pengantin camne....sket2 kena sketch..ingat nak letak je wallpaper untuk 1 dinding...so boleh jadikan hiasan kat kepala katil!..

p/s : pomander ball dari bunga mawar biru turquoise sangat susah nak dapat!..so i kena DIY dari crepe paper la......


0 comments:

Template by:

Free Blog Templates