Showing posts with label photographer. Show all posts
Showing posts with label photographer. Show all posts

Tuesday, September 27, 2011

sudah CONFIRM!

tajuk memang takbolehblah kan? 

benda yang sudah confirm ialah:



photographer and videographer dah ada just pay the deposit...

doorgift?
i just pay the TQ tag for 1000pcs, 
250 pcs glass jar 
and 300 pcs paper canister 

yang lain-lain termasuk save the date, theme wedding, design wedding dress, andaman, bunga pahar, hantaran almost ZERO!

amekawwww..tarikh pun samar-samar lagi..pihak encik tunang je dah confirm cuti sekolah bulan 3 tahun depan..pihak gadis ni haaa....memang tak discuss lagi!

borang nikah dan HIV test lambat lagi nak prepare...3 bulan nak nikah bolehlah sibuk2 cari tok kadi..hehehe...

anyway, my BIG day nanti tidaklah besar-besaran dan tajaan raflesia macam memey..hahaha!
janji MERIAH!


p/s : ada sape2 nak bagi suggestion untuk theme wedding saya?color pe yang seswai ngan saya?jangan kata warna warni ye..i reject!..hahaha

Thursday, August 11, 2011

my dream post-wedding contest : DETIKINDAH






Merakam detik-detik indah oleh jurugambar professional seperti DETIK-INDAH di sepanjang hari bahagia memang menjadi sebahagian agenda terpenting dalam merealisasikan impian seseorang yang bergelar raja sehari. Lebih-lebih lagi jika pakej yang ditawarkan itu menarik dan berbaloi dengan harga berpatutan. Sesungguhnya Detik Indah Photography merupakan salah satu pakej yang menarik perhatian saya dimana tahap profesionalism yang tinggi tetapi masih tidak melupakan golongan sederhana untuk memiliki memori perkahwinan rakaman dari jurugambar. Sangat setuju! Setiap inci hasil kerjanya di laman webnya memberikan sentuhan jiwa dan menepati citarasa saya di mana gambar-gambar yang dirakamkan itu mempunyai style yang berbeza dan biasanya sudut yang diambil oleh mereka adalah simple, pose yang neutral dan romantik serta mempunyai unsur elegant. Style gambarnya menggambarkan sweet dan happiness, menjadikan ianya real dan tidak keras..kalau tak percaya lihatlah hasil kerjanya yang berkualiti di SINI dan di SINI...cepat-cepat like fanpage mereka kat facebook! anyway..dah nama jurukamera profesional kan, gambar-gambarnya juga dalam bentuk professional juga la..Dengan editing yang minimum, mereka juga bijak memberikan emosi dalam gambar walaupun tak keterlaluan dalam persekitarannya. Bila membelek hasil kerjanya, secara jujurnya, ianya sangat menakjubkan!..cantiknya! dan tanpa disedari, mereka sudah mempunyai identiti sendiri! tapi saya sudah booking jurukamera lain..dah bayar deposit dah pun..*kenapalah lambat tahu pasal Detik-Indah ni*..

Tapi isu yang berbangkit disini ialah di mana jurugambar akan habis kerjanya selepas majlis kan?tak pernah dengar pun OP akan ikut pengantin ke tempat bulan madu?alangkah seronoknya jika ada kan?tak perlu bawa tripod..tak perlu panggil orang lalu lalang untuk snap gambar kami kan..dan tak perlu setting timer dan letak atas batu untuk snap gambar kami..hehehe...tapi lepas majlis selalunya duit dah tak berapa nak ada dalam poket kan?jadi tak perlu nak hire jurugambar ni..dan selalunya duit lebih dalam poket memang biasanya untuk buah tangan untuk keluarga bila pulang dari bulan madu. Entry kali ini memerlukan essei untuk dapatkan peluang keemasan dari DETIK-INDAH di mana hadiahnya berupa sesi penggambaran sepanjang berada di Krabi, destinasi pilihan berbulan madu kami. Bakal pengantin 2012 boleh cuba..mana tahu kamu bertuah!..info dan maklumat lanjut tentang promosi boleh dilayari di sini! 

Sebenarnya Krabi menjadi pilihan kami kerana kami memang sukakan pulau...sebab pulau itu menenangkan.suasana yang damai dan mengasyikkan..*tapi tak mahu jadi orang pulau..hehehe..*

siapa yang tak tahu krabi kat mana sila angkat tangan?

Sebenarnya krabi terletak  di bahagian barat daya Thailand kira-kira 814 km dari Bangkok, terkenal dikalangan pencinta pantai. *eh..lupa pulak..turunkan tangan tu..*..Krabi memiliki keindahan semulajadi yang tersendiri dimana ianya adalah pantai yang indah di mana mempunyai berpuluh-puluh pulau kecil di sekitarnya.
  
Pergunungan dengan dataran tinggi serta padang yang luas di daratan ditumbuhi pepohon cassia yang cantik. penggambaran di sini amat-amatlah sesuai..sangat semulajadi..oh..saya hanya melihat di laman web tentang krabi tetapi sudah teruja! 


Ternyata pantainya sangat cantik seperti diperkatakan ramai. Pasir yang lembut dan halus serta suasana sekitar pulau yang hijau amat memukau. Air lautnya sangat jernih menampakkan batu karang yang menjadi habitat kepada pelbagai jenis spesis ikan dan hidupan laut. Itu yang dikatakan SYURGA laut. Krabi yang menjadi pilihan pelancong asing dan tempatan itu sesuai bagi mereka yang ingin merakamkan pelbagai sudut fotografi yang terbaik. Memilih Krabi sebagai destinasi bulan madu kami pastinya sangat berbaloi dan teruja  untuk menikmati keindahan alam semulajadi ciptaanNya. Sangat sesuai bagi pengantin yang ingin merehatkan diri selepas penat beberapa hari dalam menjelang hari bahagia. Keindahan panoramanya amat memukau dan amat sesuai bagi mereka sedang mencari ilham ataupun yang mahu lari dari kesibukan dan hiruk pikuk di kota.


Template by:

Free Blog Templates